COMPANY PROFILE

HANS BERSATU adalah syarikat milikan perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2005 dan dimiliki sepenuhnya bumiputera. Tetapi HANS BERSATU kembali bergerak secara aktif bermula pada 1hb Disember 2011 di Klang, Selangor Darul Ehsan.

Aktiviti utamanya adalah sebagai pembekal pihak kedua barang-barang elektronik seperti Komputer Peribadi dan Komputer Riba serta alat ganti komponen komputer, alatan elektronik dan elektrik serta barang-barang keperluan teknologi maklumat. Sebelum ini, HANS BERSATU juga pernah menjalankan perniagaanya atas nama Raihan F&B Enterprise pada tahun 2009.

Selain menjadi pembekal, HANS BERSATU juga aktif dalam bidang jahitan pakaian, membekal perabot pejabat, alat tulis, pendawaian elektrik, perkhidmatan membersih dan mencuci pejabat, bangunan, masjod, sekolah, taman serta jalan-jalan memandangkan kami mempunyai rekod dan reputasi yang amat baik dengan beberapa pengeluar mahukan pengilang selain mendapat sokongan baik dari pihak bank dan sebagainya.

Pada 23hb Jun 2017, HANS BERSATU telah bertukar nama kepada HANS BERSATU TRADING. Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan dalam talian (online), pemborong pakaian dan tekstil, perkhidmatan pengangkutan, menjual dan membekal makanan dan minuman, bahan mentah, pembekal tambah nilai dan telekomunikasi.

Dengan pengenalan perniagaan serba ringkas di atas, HANS BERSATU TRADING amat berbesar hati untuk menghulurkan segala khidmat kami atas keperluan yang dipinta oleh mana-mana individu, syarikat persendirian, badan korporat serta jabatan kerajaan.

Tulus Ikhlas,

HANS BERSATU TRADING
http://www.hansbersatu.blogspot.com