16 Sept 2013

STOK TELAH TIBA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Lama rasanya blog ini tak 'update'.. Kesibukan menyambut Ramadhan dan Syawal serta sibuk menunggu stok Rak Ampaian siap dibuat oleh saudara yang berada di kampung.. Katanya, tempahan banyak diterima maka dia mendahului pada customer yg order dlm kuantiti byk.. Tak mengapa, bagi saya, saya membantu untuk promosi dan m'jual secara kecilan.

Alhamdulillah, kepada peminat Rak Ampaian 100% buatan tangan ni, bolehlah mendapatkan dengan segera.. Stok yang ada pon tak banyak, hanya tinggal 5 unit sahaja.. Harga masih tetap sama iaitu RM60.00 dan kos penghantaran RM10.00 sahaja.. 

Akhir kata, terima kasih kepada customer yg telah berurusan dgn saya dan saya minta maaf jika ada kekurangan dalam aspek bisnes ni..

Wassalam

16 Aug 2012

RAMADHAN BAKAL BERAKHIR

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, genap sudah 27 Ramadhan kita berpuasa..
Ramadhan akan berakhir meninggalkan kita beberapa hari lagi.
Apakah kita akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang?
Insya-Allah jika kita dipanjangkan usia oleh-Nya, kita bakal bertemu Ramadhan akan datang.
Semoga segala amalan kita diterima-Nya..

Ikhlas,
Hans Bersatu

28 Jan 2012

myMetro | Tip pilih kasut

myMetro | Tip pilih kasut


KASUT tidak hanya berfungsi sebagai pelapik kaki bagi memberi keselesaan, malah ia melengkapkan penampilan diri agar menarik dan anggun ketika melangkah.
Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung kaki dan penambah gaya, pemilihan kasut juga harus dilakukan dengan berhati-hati. 
Bayangkan jika kasut yang dibeli harganya mahal tetapi menyebabkan kaki melecet, pastinya ia tidak berbaloi. Justeru, pemilihan kasut yang betul itu penting agar kesihatan, keselesaan dan penampilan diri kekal sepanjang hari.


Terdapat beberapa panduan sebelum anda membuat keputusan membeli kasut agar tidak tersilap membuat pilihan.

Perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli kasut:


  • Belilah kasut pada �waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.

  • Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu �selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.

  • Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

  • Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.

  • Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.




  • Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika membeli kasut :



  • Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.

  • Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.

  • Jangan hanya duduk ketika mencuba dan �menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah mengang�gap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.

  • Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.

  • Jangan pilih kasut yang �dirasakan terlalu ketat �walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja.
  • 16 Jan 2012

    PROMOSI HEBAT TAHUN 2012

    ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM UKHWAH KEPADA ANDA SEMUA.


    ALHAMDULILLAH, SEMPENA TAHUN BARU 2012, PIHAK KAMI MENAWARKAN PELBAGAI PRODUK PAKAIAN SEPERTI JUBAH, BLOUSE, T-SHIRT MUSLIMAH DAN SEBAGAINYA DENGAN HARGA MURAH DAN POTONGAN YANG MENAKJUBKAN.. 


    PELBAGAI DESIGN DAN CORAK TERKINI DAN PALING PENTING PARA PELANGGAN DAPAT MENIKMATINYA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. JANGAN KETINGGALAN UNTUK MEMILIKI PRODUK DARI KAMI DAN  KAMI AKAN SENTIASA MENG'UPDATE'KAN DESIGN2 TERKINI UNTUK KEPUASAN PARA PELANGGAN..


    SEKIAN.

    27 Dec 2011

    DI AMBANG 2012

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya blog ini siap sebelum menjelangnya Tahun Baru 2012. Banyak perkara  terjadi sepanjang 2011 yang akan meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit untuk diri kami dan juga para usahawan.

    Menutup tirai 2011, banyak perancangan dan rencana telah dirancang, namun sebahagiannya telah berhasil dan sebahagian lagi akan dibawa ke Tahun 2012. Alhamdulillah, sepertimana kami mengharungi dunia perniagaan, tidak sangka HANS BERSATU telah bertapak di dalam bidang perniagaan selama 6 tahun yakni bermula pada tahun 2005 dimana permulaan perniagaan ini dijalankan di Perak Darul Ridzuan. Perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan ini terhenti seketika disebabkan faktor-faktor masa dan juga kewangan yang membataskan untuk kami mengembangkan perniagaan.

    Alhamdulillah, pada 1 Disember 2011, kami mengambil langkah proaktif untuk kembali menceburi bidang perniagaan secara serius dan berterusan sejajar dengan matlamat dan visi kami untuk menceburi apa jua bidang perniagaan yang kami rasa amat potensi untuk dikembangkan. Sebagai langkah permulaan, kami telah menjadi Dealer kepada Syarikat Smart Computing Sdn Bhd dimana kami membekalkan dan menjual pelbagai jenis Notebook, Netbook, Komputer Peribadi dan juga peralatan (accessories) yang lain dengan harga yang berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Sehubungan dengan ini, kami berjanji akan memberikan komitmen, perkhidmatan dan produk yang terbaik untuk para pelanggan. Akhir kata, selamat maju jaya dari kami, HANS BERSATU dan jangan lupa dapatkan produk dan perkhidmatan kami sebelum berakhirnya Tahun 2011.